❤PENDAHULUAN❤
Seiring
dengan misi dan visi politeknik iaitu untuk melahirkan. modal insan yang
cemerlang, Setiap Jabatan berusaha untuk memberi perkhidmatan
terbaik bagi merealisasikan misi dan visi tersebut. Pensyarah yang
kompeten, cekap, bertanggungjawab, berinovasi dan kreatif merupakan
asset terpenting yang sentiasa diberi perhatian dan penekanan. Oleh yang
demikian, latihan professionalisme, penggunaan teknologi dalam
pendidikan, penyelidikan dan pembangunan sentiasa diperkemaskan dan
dipertingkatkan dari masa ke semasa di kalangan para pensyarah.
Perhubungan
industri merupakan antara elemen yang diberi penekanan di peringkat
jabatan. Ini termasuklah menjalankan pelbagai aktiviti bersama,
penempatan pelajar menjalani latihan industri dan aktiviti nilai tambah
kepada kemahiran dan pengalaman para pelajar dan pensyarah. Ini
dilaksanakan bagi melonjakkan kebolehpasaran graduat jabatan ini dari
masa ke semasa.
Elemen
peningkatan prasarana untuk perkembangan pengetahuan dan pengalaman
juga diberi keutamaan. Mengwujudkan kemudahan bilik keusahawanan dan
perniagaan, kemudahan mengekses maklumat dan penggunaan sistem berkaitan
perniagaan adalah antara strategi bagi melengkapkan para pelajar dengan
ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam bidang pengurusan perniagaan.
Bagi
melahirkan graduat yang berdaya saing, pencapaian akademik pelajar
adalah menjadi asas kecemerlangan jabatan. Selain itu, penglibatan
pelajar dalam pelbagai aktiviti jabatan, politeknik, industri,
kemasyarakatan serta penyertaan dalam pelbagai pertandingan anjuran
pelbagai pihak adalah sentiasa menjadi fokus jabatan. Penglibatan dan
penyertaan berterusan ini dapat melonjakkan kecermerlangan pelajar serta
institusi ini.
No comments:
Post a Comment