Translate

Thursday, 24 August 2017

PENGHARGAAN

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T,💖
          Titipan penghargaan terhadap Allah , tuhan sekalian alam atas rahmat-Nya yang sudi dicurahkan kepada hambanya yang kerdil ini. Berserah kepadanya atas segala takdir yang dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta para tabiin.

            Pertamanya-tamanya kami tuntunkan ucapan Alhamdulillah kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diberikan kepada kami tanpa henti. Tanpa keredhaannya tidak mungkin mampu saya menyiapkan tugasan ini walau sedikit pun.

            Penghargaan ini juga kami tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana mereka sentiasa menitipkan doa-doa untuk keberkatan kami di sini. Mereka juga banyak menyokong kami dari segenap segi rohani dan kewangan untuk menghasilkan tugasan bermutu ini.

            Tidak dilupa juga kepada pensyarah kesayangan kami, Ustazah Siti NurFarhana Binti Zakaria kerana dengan izin Allah, beliau sudi menunjuk ajar kami walaupun menggangu masa rehatnya. Beliau juga sering mengingatkan kami sekiranya kami alpa dan menegur kami dengan amat berhemah. Moga jasa baiknya akan diberi ganjaran oleh Allah yang tidak ternilai harganya.

            Kami juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada rakan-rakan yang sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bentuk bantuan yang saya dambakan khususnya dalam menghasilkan dokumen ini. Ketahuilah segala macam bantuan yang anda salurkan amat kami hargai.

            Sebelum menutup bicara, kami ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembikinan tugasan ini secara sulit ataupun tidak. Kesudiaan anda amat kami harga.

No comments:

Post a Comment