Translate

Thursday, 24 August 2017

KEPENTINGAN VISI MISI DALAM SESEBUAH ORGANISASI

💚KEPENTINGAN VISI MISI DALAM SESEBUAH ORGANISASI💚

Maksud organisasi ialah aktiviti orang yang bekerjasama secara sedar atau sengaja untuk mencapai tujuan tertentu. Aktiviti-aktiviti tersebut terbatas, berstruktur dan beridentiti yang dapat dibezakan dengan aktiviti lain. Sesebuah organisasi dapat dibentuk kerana dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti penyatuan visi dan misi serta tujuan yang sama dengan terwujudnya sekelompok orang tersebut terhadap masyarakat. Organisasi yang baik adalah organisasi yang dapat diakui kewujudannya oleh masyarakat di sekitarnya kerana memberikan konstribusi seperti pengambilan sumber daya manusia dalam masyarakat sebagai anggota-anggotanya.

kita tidak dapat lari daripada mempunyai visi, misi dalam kehidupan seharian malah dalam organisasi juga memerlukan perkara itu. Sesebuah organisasi yang berjaya haruslah mempunyai visi, misi yang jelas setiap hari. Hari-hari yang dilalui oleh organisasi merupakan satu peluang untuk merealisasikan visi dan misi yang telah ditetapkan.

Setiap waktu dan masa yang ada kan dimanfaatkan sebaiknya tanpa dibazirkan atau dilengahkan begitu sahaja. Oleh sebab itu, amat penting bagi mewujudkan visi dan misi di dalam organisasi. Secara tidak langsung, kita mempunyai sasaran yang kita ingin capai. 

Wish list saya yakin ramai yang mempunyai impian, "wishlist" atau perkara yang ingin dicapai di dalam sesebuah organisasi tetapi sesetengah rancangan yang telah dirancang tidak semestinya berjalan dengan baik.

Oleh itu, mari kita tetapkan visi dan misi yang ingin dicapai dalam setiap bidang sama ada peribadi, keluarga, pekerjaan, perniagaan, pelajaran dan lebih-lebih lagi kehidupan kita sendiri, kemudian, susuli perancangan tadi dengan tindakan yang konsisten sehingga beraja. Insha-allah 😊✌

No comments:

Post a Comment