ASSALAMMUALAIKUM
W.B.T,π
Titipan penghargaan terhadap Allah ,
tuhan sekalian alam atas rahmat-Nya yang sudi dicurahkan kepada hambanya yang
kerdil ini. Berserah kepadanya atas segala takdir yang dikehendakkan kepada isi
alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan
para sahabat serta para tabiin.
Pertamanya-tamanya kami tuntunkan
ucapan Alhamdulillah kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diberikan kepada kami
tanpa henti. Tanpa keredhaannya tidak mungkin mampu saya menyiapkan tugasan ini
walau sedikit pun.
Penghargaan ini juga kami tujukan
kepada kedua ibu bapa saya kerana mereka sentiasa menitipkan doa-doa untuk
keberkatan kami di sini. Mereka juga banyak menyokong kami dari segenap segi
rohani dan kewangan untuk menghasilkan tugasan bermutu ini.
Tidak dilupa juga kepada pensyarah
kesayangan kami, Ustazah Siti NurFarhana Binti Zakaria kerana dengan izin Allah, beliau sudi menunjuk ajar kami
walaupun menggangu masa rehatnya. Beliau juga sering mengingatkan kami
sekiranya kami alpa dan menegur kami dengan amat berhemah. Moga jasa baiknya
akan diberi ganjaran oleh Allah yang tidak ternilai harganya.
Kami juga ingin mendedikasikan
ucapan penghargaan ini kepada rakan-rakan yang sanggup berkongsi ilmu, maklumat
dan segala bentuk bantuan yang saya dambakan khususnya dalam menghasilkan
dokumen ini. Ketahuilah segala macam bantuan yang anda salurkan amat kami
hargai.
Sebelum menutup bicara, kami ingin
menyampaikan sekalung terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam
pembikinan tugasan ini secara sulit ataupun tidak. Kesudiaan anda amat kami
harga.